Thursday, January 14, 2010

:. TINTA TERAKHIR :.

Tinta Terakhir…

Beberapa kali saya tatap tajuk diatas…Jadi,inikah tinta terakhir saya catitkan di blog ini…Ada sesuatu yang lebih menarik ,,ini juga yang pertama…


‘GEDUNG HARAPAN’

Mungkin agak lewat kelahiran blog ini..Namun,saya percaya “it’s better late than never”! Jadi,kenapa blog ini diperkenalkan?Apa yang akan anda perolehi dengan membuka web blog ini?

Baiklah,izinkan saya bawa anda mengembara menyoroti erti di sebalik ‘gedung harapan’ ini…Gedung diertikan sebagai tempat dikumpulkan sesuatu…maka disinilah kita akan mengumpul sejuta harapan!

Insya Allah,semoga dengan izin-Nya matlamat kami memperkenalkan blog UBKK tercapai dan semoga kami terus istiqomah menyampaikan apa yang perlu dan selayaknya kami sampaikan..


Apa yang akan ada dalam blog UBKK ??? Insya Allah….:

- Menghebahkan aktiviti UBKK yang disasarkan kepada pelajar MMP

- Berkongsi maklumat-maklumat kaunseling dan kerjaya

- Berhubung dengan badan kaunseling @ pembimbing rakan sebaya dari sekolah lain

- Mengumpul 1001 harapan pelajar2 MMP sama ada terhadap UBKK sendiri,terhadap sekolah @ lain2

- Berkongsi ujian2 pesonaliti ,psycho tests

- Apa yang menarik dalam majalah ‘Psycho’ setiap keluaran (mesti beli…)

- ….. dan sebagainya


Jadi,marilah sama2 kita sentiasa ‘mengimarahkan dan menghidupkan’ blog ini…Post lah sebanyak mungkin komen yang membina mahupun berkongsi sedikit pengalaman atau harapan anda di sini!Semoga najah senantiasa mengiringi anda! Bertemu lagi di lain lembaran bersama ‘penjaga blog’ yg lain pula.memandangkan tahun 2010 bakal menjengah tiba.Setimpal itu,pastilah muka2 baru pula bakal menerajui UBKK..Teruskanlah memberikan sokongan terhadap UBKK!Maaf atas keterlewatan blog ini diadakan.InsyaAllah kami akan memperbaiki kecacatan dan cela yang ada pada UBKK tahun ini..Semoga dengan blog ini segala gerak kerja UBKK’10 semakin lancar dan mendapat sambutan pelajar…


Asif ‘ala kulli hal…Assalamualaikum..

PENGUMUMAN: Insya Allah,pada tahun hadapan,UBKK akan muncul dengan versi yang baru!Terdapat sesetengah biro yang akan dimansukhkan..Walau bagaimanapun,portfolio tugas kami tetap tidak berubah..Cuma,2 biro sahaja yang akan diperkenalkan..Hal ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memantapkan lagi UBKK.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,InsyaAllah akan diberitahu oleh pimpinan UBKK 2010 nanti…

No comments:

Post a Comment