Thursday, January 14, 2010

PENGENALAN UMUM UBKK



Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Maahad Muhammadi (P) merupakan salah sebuah badan yang memainkan peranan penting dalam memberikan dorongan dan membina motivasi ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan syakhsiah berlandaskan lunas-lunas Islam.

Pada mulanya Badan Bimbingan & Kerjaya dan Badan Kaunseling diselaraskan di bawah bumbung yang berlainan.Kedua-dua badan tersebut terdiri daripada beberapa bidang penting yang ditetapkan oleh kedua-dua badan.

Menyedari bahawa kaunseling amat penting dan tidak terbatas kepada penyelesaian masalah semata-mata,pihak sekolah mengambil inisiatif menggabungkan Badan Kaunseling dan Badan Bimbingan & Kerjaya sebagai satu unit yang dikenali sebagai Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya (UBKK).

Tahun 2004 merupakan satu tahun yang bersejarah bagi unit ini kerana telah ditubuhkan secara rasmi.Walaupun masih baru,dengan berbekalkan semangat dan rasa tanggungjawab,unit ini akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan unit-unit dalam menggerakkan dan menggemilangkan MMP tercinta.



Bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan untuk mengembangkan kebolehan dan cara pemikiran diri seseorang.Pada dasarnya kaunselor memainkan peranan membina dan mengukuhkan psikologikal nasihat dengan menggalakkan perjelajahan diri yang efektif.

Kaunselor membantu klien melihat dan menyedari fakta yang menimbulkan masalah serta mencungkil kesedaran keupayaan diri dalam mencapai penyelesaian masalah sahaja tetepi juga sebagai pendorong ke arah memantapkan motivasi dan pengisian rohani klien ke arah pertumbuhan kecemerlangan.

Penentuan kerjaya merupakan perkara yang amat penting bagi pelajar.Hal ini kerana selepas proses pembelajaran ketika di alam persekolahan,para pelajar akan menghadapi suasana pekerjaan pula.Oleh itu,setiap pelajar harus mendapatkan maklumat terkini tentang kerjaya-kerjaya yang sesuai dengan bidang yang diceburi serta sesuai dengan adab-adab Islam.



Melalui Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya anda akan:

2.1 Menambahkan kesedaran bukan sahaja tentang individu malah mengenai orang lain dan persekitaran.
2.2 Mendapat bimbingan tanpa diskriminasi.
2.3 Disediakan program-program untuk kemajuan dan prestasi cemerlang diri serta sekolah.
2.4 Dibantu menguruskan permohonan ke institusi-institusi pengajian tinggi.
2.5 Mendapat maklumat terkini berkaitan kerjaya yang sesuai dengan adab Islam.



3.1 Segala yang dilakukan bertunjangkan hakikat dan kebenaran.
3.2 Membantu sesama sahabat mencari nilai diri.
3.3 Menolong pelajar memahami tentang dirinya,sikapnya,keupayaannya,dengan kecenderungnya berada pada landasan yang wajar.
3.4 Membimbing pelajar memajukan diri tanpa mempengaruhi prinsip dan pegangannya.
3.5 Membantu mereka agar dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan masyarakat.
3.6 Memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam memahami situasi yang sebenar,pilihan yang betul dan penilaian yang tepat berlandaskan pemikiran yang sihat dari sebarang anasir luar.
3.7 Cuba mengorientasikan fikiran pelajar ke arah pembentukan sikap dan keyakinan diri.
3.8 Mengubah kelakuan dan peribadi seseorang pelajar dalam mencapai keputusan dengan daya usaha sendiri.
3.9 Menjadi alternatif untuk membantu meleraikan permasalahan yang timbul.
3.10 Membentuk sikap yang rasional,mental yang sihat,jiwa yang murni dan bertanggungjawab.


BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT
DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI PELAJAR UBKK
JAWATAN BIDANG TUGAS
GURU PENASIHAT

 Sebagai perancang,pemudahcara,pengawas,penyelaras, dan pengurus sesuatu program atau majlis.
 Penasihat hendaklah menghadiri sesuatu majlis atau program yang dilaksanakan sebagai pemerhati atau pengawas mengikut giliran yang telah ditetapkan.
 Memilih dan melantik Exco dan AJK UBKK bersesuaian dengan perubahan.
 Berkuasa membatalkan perlantikan Exco dan AJK UBKK yang difikirkan tidak layak untuk dikekalkan.
 Penasihat hendaklah hadir di dalam majlis mesyuarat penasihat,majlis AMT,dan mesyuarat bulanan yang diadakan dari semasa ke semasa.
 Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada Exco dan AJK UBKK apabila diperlukan.
PENGERUSI  Mempengerusikan mesyuarat Exco setiap kali diadakan.
 Mengadakan mesyuarat bulanan untuk Exco dan mesyuarat tergempar.
 Meneliti keputusan mesyuarat dan memastikan segala program dan aktiviti tahunan UBKK berjalan sebagaimana yang telah dirancang.
TIMBALAN PENGERUSI  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
 Menggantikan pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.


JAWATAN BIDANG TUGAS
SETIAUSAHA AGUNG 1 DAN 11

Mencatat minit mesyuarat dan
mengedarkannya kepada ahli mesyuarat.
Menguruskan surat-menyurat.
Menjemput ahli-ahli menghadiri setiap
mesyuarat yang diadakan.
Menyediakan buku kehadiran dan buku
laporan tahunan UBKK.
Menyediakan borang peribadi dan sijil
perlantikan serta penghargaan kepada
AJK UBKK.
BENDAHARI Bertindak mengutip yuran bulanan dan
sebarang yuran yang dikenakan sebaik
mungkin.
Memegang amanah menjaga wang dengan
sebaiknya.
Menyiapkan laporan keluar masuk
kewangan setiap bulan dan setiap kali
program diadakan.
Membuat anggaran perbelanjaan sebelum
sejumlah wang yang besar digunakan bagi
mendapat kelulusan daripada guru
penasihat.
Mengawal pengaliran kewangan UBKK agar
terkawal dan seterusnya dapat
mengelakkan daripada berlakunya
pembaziran.
Menguruskan dan menyediakan nametag
bagi semua AMT, Exco, dan AJK UBKK.


BIRO CERAMAH DAN MOTIVASI (CM)

Merancang ceramah atau kursus mengikut
kesesuaian waktu bagi sasaran tertentu.
Mengendalikan Kursus Teknik-teknik
Belajar.
Mengadakan kursus motivasi bagi
mempertingkatkan kecemerlangan pelajar
dalam bidang akademik dan sakhsiah diri
serta banyak bekerjasama dengan pihak
kurikulum sekolah.
Mengendalikan mesyuarat agung UBKK.


BIRO KAUNSELING & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (KPRS)

Menyelia kelab dan kelas PRS serta
menetapkan hari dan waktu yang sesuai
bagi setiap kelas.
Menyelaraskan borang-borang yang
berkaitan dengan kelas PRS.
Memastikan setiap PRS menyertai setiap
kelas yang diadakan.
Membantu meyelesaikan masalah yang tidak
mampu dihadapi oleh PRS serta
menguruskan urusan berkaitan dengan
pengendalian klien kepada guru.
Menjalankan kaji selidik ke atas isu-isu
semasa yang berkaitan dengan masalah
pelajar serta mendapatkan pandangan
kaunselor megenai kes yang dikaji.


BIRO PENGAJIAN DALAM DAN LUAR(PDL)

Memberi pendedahan kepada pelajar
tentang peluang kursus yang ditawarkan
oleh pusat pengajian lain sama ada di dalam
atau di luar negara.
Berusaha mencari maklumat tentang
peluang pembelajaran daripada akhbar-
akhbar dan majalah-majalah untuk
didedahkan kepada para pelajar.
Menguruskan permohonan menyambungkan
pelajaran ke pusat-pusat pengajian khasnya
selepas keluar keputusan peperiksaan.
Menguruskan taklimat pengajian samada
yang dianjurkan oleh pihak UBKK atau pihak
luar seperti UIA, YIK, dan KISDA.


BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (TTK)

Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
kekemasan bilik UBKK.

Bertanggungjawab ke atas barangan
peralatan UBKK dan memastikan ianya
tidak hilang.
Membantu biro-biro lain dalam menjalankan
Tugas:
* Menyelenggarakan urusan dewan dalam
setiap program UBKK iaitu pengerusi
majlis, menguruskan kehadiran
penceramah, peralatan dewan dan
sebagainya.
* Membantu urusan rasmi setiap biro
seperti pengurusan borang UPU dan lain-
lain.
* Memangku tugas-tugas yang berkaitan
Biro Publisiti & Promosi, iaitu biro yang
dipersetujui semasa mesyuarat Agung
UBKK 2006.
Melaksanakan tugas-tugas yang tidak
termasuk dalam bidang tugas biro-biro lain.
Menguruskan makanan atau minuman
apabila sesuatu mesyuarat tertentu
diadakan.
Menyelaraskan maklumat di jendela UBKK.

No comments:

Post a Comment